Pokemon ?? Jgn main daaa

Mungkin kita tak sedar disebalik nama nama watak kartun dalam siri yang memikat anak anak kita " POKEMON "













Bahaya Kartun Pokemon


Charmander Pikachu



Lihat sahaja gambar-gambar diatas, tentunya ramai yang kenal dengan watak kartun tersebut. Tidak lain dan tidak bukan, gambar-gambar diatas merupakan sebahagian daripada watak kartun pokemon. Sedarkah kita akan maksud Pokemon dan maksud nama-nama watak kartun di dalam cerita tersebut? Baru-baru ini, pihak Darul Nu'man telah menerima E-mail dari salah seorang yang bertanya tentang kemusykilan kartun Pokemon. Berikut adalah kandungan E-mail tersebut.

Assalamualaikum. ......... .
Ada satu perkara yang ana ingin kongsi bersama. ana tak pasti samada maklumat ni dah sampai ke pegetahuan ikhwah semua. Semasa menghadiri kelas Dr Bahjat di salah sebuah masjid di Mafraq, ana diberikan satu kertas yang menjelaskan tentang bahaya POKEMON. Antara kandungan kertas itu ialah beberapa makna binatang-binatang yang ada dalam cerita kartun tersebut. Perkataan-perkataan itu adalah dalam bahasa siryani ( lughah siryaniiyah).


contohnya:



POKEMON - saya yahudi

CHAR MAN DER - ALLAH itu lemah... (SUBHANALLAH! )

PIKACHU - jadilah seorang yahudi..


Terdapat beberapa lagi nama binatang dalam cerita pokemon yang membawa makna yang kufur dan jahat.
Bagi ana, kalau sekadar cerita kartun pokemon ini dicipta oleh yahudi, itu boleh diterima. sebab tak semestinya kita menolak semua yang dicipta oleh orang kafir. tapi kali ini terbukti bahawa yahudi ada niat yang amat buruk tersembunyi di sebalik nama pokemon. Maka ana menyeru semua ikhwah supaya menyebarkan maklumat ini dan bermula dengan diri sendiri dengan memulaukan kartun ini.



Walaubagaimanapun,al-Imam Yusuf al-qardhawi mengfatwakan siri pokemon dan segala yang berkaitan dngannya adalah HARAM..

al-Imam Dr. Yusof al-Qardhawi Mengharamkan POKEMON

Laman web al-Jazera:
( [url=http://www.aljazeera.net/art_culture/2001/4/4-9-1.htm ]http://www.aljazeera.net/art_culture/2001/4/4-9-1.htm [/url])

menyebutkan bahawa Dr. Yusof al-Qardhawi mengharamkan siri kartun Jepun popular Pokemon, samada filem bersiri ataupun permainannya. Katanya, fatwa ini adalah berasaskan kepada “untuk memelihara pemikiran, akidah dan akhlak anak-anak kita”.
Al-Qardhawi menjelaskan bahawa fatwa pengharamannya ini adalah ekoran dari pro dan kontra yang berlaku di kalangan masyarakat di sekitar apakah ia halal ataupun haram. Menurutnya lagi, “ramai yang bertanya kepada saya mengenainya oleh kalangan ibubapa yang mengambil berat tentang perkembangan anak-anak mereka agar mengikut acuan Islam yang benar. Di mana di dalam suasana itu akidah mereka selamat. Ibadah mereka sah. Jiwa mereka bersih. Akhlak mereka tidak menyimpang.”

Al-Qardhawi menegaskan, bahawa fatwanya itu bersandarkan kepada pendapat para pakar dan pemikir di kalangan muslim yang kuat agamanya yang tahu selok-belok dunia seni, drama dan seumpamanya. Katanya, seorang ahli feqh tidak boleh menangguhkan fatwanya dalam kes-kes seperti ini sebelum dia tahu apakah ia sebenarnya. “Hukum ke atas sesuatu adalah cabang dari gambaran mengenainya. Para fuqahak biasanya tidak mengetahui perkara-perkara seperti ini, kerana mereka (mungkin) tidak menonton drama bersiri atau bermain permainan (games), lebih-lebih lagi yang dibuat khusus untuk kanak-kanak.”

Al-Qardhawi menggariskan 5 faktor pengharaman berkenaan:
1. Boleh merosakkan akidah di mana pada siri Pokemon dimasukkan unsur-unsur teori evolusi Darwin, iaitu berlakunya proses dan perkembangan makhluk di dunia ini dari yang ada sekarang kepada makhluk yang lebih kuat.

2. Merosakkan akal pemikiran kanak-kanak. Akan tumbuh di dalam pemikiran mereka dongeng-dongeng dan khayalan-khayalan yang tidak berasas samasekali. Begitu juga, masuk ke dalam pemikiran-pemikiran mereka perkara-perkara yang mencarik adat yang bertentangan dengan sunatullah di atas mukabumi ini. Dapat dilihat dalam siri ini bagaimana Pokemon mengeluarkan sesuatu yang pelik dan ajaib yang tidak ada asasnya, samada menurut akal ataupun wahyu.

3. Siri Pokemon itu dapat merosakkan akhlak kanak-kanak dan hubungan baik antara mereka dan masyarakat di sekelilingnya. Di mana dari sudut ini wujud juga unsur-unsur pemikiran Darwin, iaitu bertempur.. Dan yang kuat akan terus kekal hidup. Siri Pokemon ini mengajak kepada pertempuran, keganasan dan pembunuhan yang berterusan antara makhluk-makhluk berkenaan.

4. Di sekitar permainan/games Pokemon pula, ia mengandungi unsur judi yang diharamkan oleh syarak.

5. Pengharaman Pokemon juga kerana di dalamnya mengandungi simbol bintang enam yang memang kita ketahui ia mempunyai hubungan dengan gerakan Yahudi Zionist dan Freemasonry. Ia adalah lambang negara yang telah dirampas dari tangan umat Islam yang diberi nama Israel.

Al-Qardhawi menyeru kepada kaum muslimin agar mempunyai produknya sendiri yang berasaskan kepada acuan akidah kita. Nilai kita. Warisan tradisi kita. Dan peradaban kita. Hendaklah tampil para karyawan, seniman, hartawan dan sebagainya dari kalangan kita untuk melahirkan filem kartun yang membawa risalah kita, dari wataknya, kecenderungan keagamaannya dan tamadunnya, dengan bahasa yang mudah, dapat difahami serta mengasyikkan.

Virus ?

Want to have fun ?? try search "fucktube" ( just simply key in and search using websearch engine such as google or yahoo) and u will get a virus for free

[This is a warning mesenge don try it]

Game Hina Islam

Game yg menghina agama suci kita.. diminta jasa baik saudara- saudaraku sekalian sebarkan berita komputer game yang menghina islam

1. Devil May Cry 3 (untuk platform ps2) Satu part dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yg menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata... dan yang membukakan pintu tersebut adalah character c.g.i. yg telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yg sememangnya islam melarang amalan itu ayat character c.g.i. itu ada membaca ayat... klau tak silap lebih kurang begini permulaannya. .. " wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan" [dalam bahasa inggeris] dan character itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. .. klau tak silap kitab bible.. . pasal di akhir scene character tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible... "wrath, sloth, lust, gluttony, dan tiga lagi ayat yg aku dah lupe.....

Pintu Kaabah:


 Xsame ke pintu dalam game DMC3 ni??




 
 
 Kalimah ALLAH pada pintu tu !!!

2. Counter Strike Condition Zero Deleted First Stage dia.. Kita kena lawan Tembak dgn askar2 yang BERAGAMA islam... Kalau kita sedar.. Masa kita tembak tuh.. Kita dengar Askar yg kna tembak jerit.. ALLAHUAKBAR. . JIHADD..

3. Prince Of Persia Pedang pada watak tuh.. Ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic

4. Guitar Hero

Tidak cukup dengan karikatur dan filem pendek Fitna yang menghina kesucian Islam. Datang pula game komputer yang menghina kalimah Allah SWT. Kali ini game Guitar Hero 3 telah menghina kalimah Allah SWT. Guitar Hero 3 adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.


Lihatlah bagaimana paparan kalimah Allah ini telah dijadikan paparan lantai dan kemudian dipijak oleh makhluk yang berupa “syaitan” bermain gitar. Sungguh biadap game ini. Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dipunyai oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.

 

Jika kita tidak teliti, kita tidak akan perasan paparan kalimah Allah SWT ini. Pada sesiapa yang melihat permainan komputer ini sila uninstall game ini. Sungguh halus permainan golongan Yahudi dan Nasara untuk menyesatkan orang Islam. Waspadalah kita sebelum membeli mana-mana permainan komputer.

Adanya 2 kemungkinan di sini:

1) Penghinaan Senyap -
memang saja menyelitkan unsur penghinaan

2) Zodiak Virgo -
Jika zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah, maka jadilah seperti bentuk dalam gambar tadi.

Zodiak Virgo



Zodiak Virgo jika diterbalikkan seperti dalam game tadi:




Adakah simbol di dalam video game ini hanyalah zodiak Virgo yang terbalik atau .....????


"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al- Ahzab:71) Jika kita main game ini bermaksud kita juga menyokong apa yg mereka cuba sampaikan & mereka lakukan; jadi semoga dapat disampaikan kepada saudara - saudara kita kat luar sana...